.i. S.K orang kecik. Orang kecik, dia tak bleh cakap banyak. Bila cakap, tak beri kesan. Sebab orang kecik, suara kecik... Tak sangka dituduh berbagai termasuk terkilan dengan benda remeh...
('dik, akak tak pernah cari pasal dengan adik pun! Apa halnya ni??? Selama adik menganjur acara, akak sokong setiap bulan, walau penat balik keje... pernah sekali, satu hari akak tak sempat makan, sempat makan kerepek aje tau, isi perut sebelum keluar lepas maghrib... Sebab apa? Nak sokong semangat kesusasteraan kolam kecil ini! Kekadang, dapat sms tengahari, malam dah berkejar... Itu "salvage self in arts than strive for arts" ke??? Kaji lagi, 'dik, mana intan, mana batu...)
Biar Allah saja yang mengadili segala yang berlaku...
.ii. Banyak nak citer. Pelancaran Selingkar Kasih. Pertemuan semula rakan-rakan sekolah setelah 13 tahun tak bertemu. KaryaRia #3 semalam (oh, yang ini,bolehlah baca ulasan Herman.Mutiara di http://abass07.multiply.com/journal/item/12 Mungkin, S.K akan tambah sedikit dalam sehari dua ni)
Sebab masih segar. Hari ini bicara mengenai Pelancaran Bulan Bahasa yang berlangsung 27hb Jun 2008, Jumaat lalu - http://www.bulanbahasa2008.sg/
S.K diundang ke pelancaran Bulan Bahasa. S.K suka pergi sebab bukan apa, suka jumpa orang ;D (S.K dah dapat baucar, bleh beli tepon bimbit baru... blehlah mula letak gambar-gambar untuk entri masahadapan...buat masa ini, kena visualisasi sendiri ajelah ;D )...
Tahun ini, dibuat malam. Mulanya, menggerutu jugalah... Balik kerja kena bergegas... Tudung, jubah semua dah ronyok sikit... Tapi, baguslah buat malam, jadi majlisnya ringkas dan padat, alhamdulillah...
S.K mesti nak tabik lah sebab walau apapun orang nak cakap, hipokrit, ke ape ke, pelancaran kali ini telah menghormati azan sehingga memberhentikan aktiviti sewaktu azan. Biarlah orang kata nak politically-correct, ke, ape... S.K SOKONG amalan tu!
Benda-benda lain yang S.K sokong... Selepas ucapan-ucapan yang patut -
1. Majlis diserikan dengan tarian permulaan yang ringkas. Okeylah. Ringkas je... S.K fikir asal jangan ada banyak-banyak tarian... Budaya tak semestinya tarian.
Alhamdulillah, harapan S.K kali ini tidak meleset :)
2. Ada deklamasi sajak oleh 6,7 pelajar menengah dua dengan LAPAN INTERPRETASI tema! Tak silap, "Tanahairku, Warisanku" Seronok sekali! S.K suka sebab bersama dengan orang-orang yang memahami yang tersirat... Kami ketawa, kami buat muka, kami geleng-geleng kepala, kami tepuk tangan di bahagian-bahagian yang mengujakan.. S.K bayangkan kalau seorang yang memandang hanya yang tersurat, pasti akan tertanya mengapa reaksi kami begitu...
Betullah... kami pencinta bahasa yang menyelam makna... Sape kata Bahasa Melayu tiada maknanya di kota Singa. Argh.
(Tak mengapalah jika kami berbual dengan bahasa separo English separo melayu sewaktu makan malam :p Atau English... Tak kisah, tak kisah... S.K suka kumpul-kumpul dengan mereka yang bersemangat dengan Bahasa Melayu... S.K berbual dengan Pak Liaw Yock Fang guna bahasa Melayu sepenuhnya ;D Errr... Pak Liaw 100%, S.K sangkak-sangkak sebab baru habis mesyuarat dalam bahasa Inggeris, suis linguistik masih kat bahasa Inggeris...)
3. Nazam Sayang oleh Cikgu Abdul Manaf Rakaman audio suara: http://myfreefilehosting.com/f/c431f5dc66_1.46MB http://cikgumanaf.blogspot.com/2008/06/nazam-bergurindam.html
Elok kata murni jiwa harum budi peribadi yang budiman orang puji.
Elok rupa kaya harta miskin budi buruk sikap tak beradab orang keji.
Ingat pesanan orang tua banyak guna jaga lidah merendah diri itu bijaksana.
Kalau berada banyakkan sedekah Kalau bijak aturkanlah ilmu Kalau rajin hidup tak susah Kalau teliti kerja 'kan bermutu Kalau berkata biarlah berhemah.
Elok kata murni jiwa harum budi peribadi yang budiman orang puji kalau berkata walau sepatah kita berhemah.
********** Indah, kan??? Bergenang airmata sewaktu mendengar dendangan Cikgu Manaf malam tu... CIKGU, POWERRR!!! (Cikgu Manaf, nak minta izin salin/paut tak boleh, sebab blog cikgu tak bagi tinggalkan ulasan... ma'afkan ye? ;D )
4. Lestari Puisi Antara Mohd. Ashik (Raja Pantun Singapura melalui Warna FM 94.2) dan Fiza-Oh (DJ Ria FM89.7), berbalas pantun disamping menerangkan sedikit tentang genre puisi... Sebenarnya, S.K hairan sedikit mengapa perlu menerangkan kepada guru-guru Bahasa Melayu, pencinta Bahasa dan Sastera tentang genre puisi... kami elit bahasa di Singapura, takkan kami disangka jahil sampai tak tahu puisi tu apa? Kecuali jika mereka merancang menayangkan di televisyen atau muatnaik ke youtube. Jika begitu, S.K sokonglah :) Sebab memang bebudak hari ini ingatkan puisi itu hanya sajak ;)
5. Fauzie Laily nyanyi lagu tema Bulan Bahasa - errr, sedap juga suara Fauzie Laily ni, ek, menyanyi secara langsung? LOL. (Tapi S.K masih sokong Imran Ajmain, heh - versinya masih boleh didapati di http://www.bulanbahasa2008.sg/, klik, lagu kat belah kiri tu...)...
Cuma, SAYANG! Lagunya disusun semula dengan rentak perlahan macam menangisi orang yang telah pergi!!!!!! APE HALNYE TU!!! Lepas tu, kami semua disuruh nyanyi ramai-ramai dengan rentak separuh mati tu!!!!
TOLONGGGGLAAAH!!! Kami nak BERSEMANGAT!!! KAMI INGIN MELESTARI BAHASA DENGAN PENUH SEMANGAT!!! BUKAN merayu mendayu macam mengemis simpati masyarakat!!! Takkan nak cakap bahasa melayu pun nak minta simpati!!!! ISSSYYYY!!!!
Seorang cikgu yang duduk di sebelah S.K kata, "Buatlah jazz sikit, ke..." BETUL tu, CIKGU!!!
Itu aje komplen S.K. buat Bulan Bahasa kali ini. Yakni, lagu tema disusun semula menjadi seperti tangiskan "jangan pergi, tolonglah, jangan tinggal daku, tolong, tolong, tolong..." :p
Walaubagaimanapun, untuk keseluruhan pelancaran... Tabik spring kepada semua yang terlibat (kecuali yang tertinggalkan nama S.K dari senarai, huhu... Nasib baik diberi peluang masuk, huhu...)
Pelancaran kali ini ringkas dan padat dan betul-betul terlihat keinginan untuk melestarikan bahasa dan budaya ILMU! WOOHOO!!!
Syabas semuanya!!! (kecuali yang tertinggalkan nama S.K dari senarai) Terima kasih undang S.K :)
.iii.
Hang Tuah... tak pernah menyinta... Tun Teja...
Perutusan belum berjawapan lagi... Tuah terus berdiam diri... Teja tak mengerti isyarat selama ini... Tuah takkan datang mencari...
Berkorban Apa Saja
Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahgia kekasih Saja yang diharapi
Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm...
Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji
"Kepentingan sendiri tidak diingini Bahgia kekasih diharapi" Hmmm... Itu ajelah yang mampu... Sendiri tanggung rindu...
Ooh. Cikgu Manaf tu guru di sekolah saya. Saya memang tabik dia walau apa pun. Hehe. Siapa pula yang cari pasal lagi ni? Tak penting orang kecil atau orang besar. Tak penting suara kecil atau suara besar. Yang penting adalah kita sudah bersuara. Dan... walaupun kita mungkin kecil, jiwa kita besar. Sebilangan orang besar di kalangan kita sebenarnya berjiwa kecil. Haha. Saya fikir bulan bahasa kalau tiada lagu pun ok.
1. Cikgu Manaf memang power... nanti kita boleh criter-criter tentang dia... :)
2. Betullah tu... yang penting kita dah bersuara... walau berkali-kali dan orang tak mengerti... Akak pula yang dikatanya tak beradab dan bersembunyi kali ini... Akak jenis bersembunyi, ke? Aduh. Hampir setahun dengar suara lantang akak pun, masih buat rumusan sedemikian... Bab kesusasteraan, akak dah tak mahu masuk campur. Akak nak fokus menjaga ukhwah Islamiah buat masa ni... Yang penting, ada rahmah dan ihsan antara satu sama lain. Alhaqq Yazhar :)
betul tu, saya sokong... walau apapun kritikan yang diberi, ia harus diterima dgn hati dan minda yang terbuka. Melalui kritikan yang membina itulah, ia akan dapat memperbaiki sesuatu perkara itu... jika tiada suara dari khalayak, sesuatu itu akan diterima seperti tiada masalah dan tidak perlu untuk diperbaiki lagi... semua ada hak untuk bersuara, tidak kira berkedudukan kecil atau besar, yang penting berjiwa dan bersemangat kental...
jahmujahadah wrote on Jun 29, '08, edited on Jun 29, '08
Salam!
Irah! You were missed! Ketiadaanmu begitu terasa di KaryaRia! ;)
Irah, itu lah yang akak terfikir-fikir. Kritikan seharusnya dijadikan landasan untuk kita memperbaiki diri samada kita setuju atau tidak kerana pembaca kekadang dapat melihat apa yang kita tidak lihat... Akak pernah membuat rumusan mengenai ciri-ciri kritikan daripada buku "Kritikan Sastera Melayu Moden" oleh Dr.Mana Sikana. http://fikirasa.proboards45.com/index.cgi?board=bbs&action=display&thread=25
Waktu di laman 'ncik Isa tahun lepas, akak katakan yang penulis/pengkritik di kolam kecil hanya fokus kepada ciri satu dan dua, dengan ciri dua paling diminati oleh penulis mapan... Akak sendiri lebih cenderung kepada ciri tiga, tetapi, kini, akan juga menggunakan ciri 4 hingga 6.
Tahun lepas, kita dah banyak bicara bab kritikan ni, tapi kini tiada bukti kerana laman lama sudah ditutup... Apa guna berbicara perkara yang sama di tempat yang sama sekiranya perkara tersebut akan mencetus kemarahan tak berkesudahan tanpa ada penyelesaian? Cakap apa pun akan dimarahi... Ni pun akak tak tahu kesannya apa kita bicara disini... Kita nak berbicara secara objektif tanpa emosi... Mohon semua tenang dan berlapang dada...
Pengalaman akak sendiri sewaktu sdr Roslie Sidik mengatakan bahawa teknik penceritaan "Orang Asing Dalam Kelompok" boleh diperbaiki lagi. Sekarang ni, teknik penceritaan bagi "OADK", akak fikirkan akak telah cukup multi-dimensi, multi-peringkat, antaranya, akak menggunakan 1. sajak, bagi menunjukkan ruh dan hati dalam misi Orang Asing 2. buku tesis Orang Asing, bagi menunjukkan prinsip dan teori yang objektif sebagai landasan tindak tanduk Orang Asing dalam pendidikan dan dalam pada itu, berkongsi falsafah pula dengan para pembaca 3. Dialog antara Wakil Atas dan Orang Asing bagi menunjukkan konflik 4. Ada unsur "imbas balik" (flashback) 5.Menggunakan "symbolic representation" (Orang Asing) dan bukan keadaan sebenar (menggunakan Cikgu A, Cikgu B) dan sebagainya bagi menyampaikan maksud supaya mesej kelihatan lebih sejagat.
Walaupun banyak aspek penceritaan akak, Roslie Sidik tetap mengatakan teknik penceritaan akak perlu diperbaiki lagi. Sebagai penulis berpengalaman, akak tahu bahawa teknik penceritaan hanyalah alat menyampaikan perutusan penulis dan boleh saja didekati dengan berbagai cara mengikut apa yang penulis rasakan terbaik. Ia boleh saja diperbaiki melalui pembacaan karya-karya yang baik dengan meluas. Jadi, akak terima dengan ingatan untuk menulis dengan lebih baik lagi, insyaAllah... Itu yang penting kerana tiada karya yang benar-benar sempurna kecuali al-Qur'an...
Mengenai pembaca, seorang Ustaz membaca dan menyetujui OADK, mengatakan dia dapat merasa apa yang akak rasa, walaupun dia tidak pernah mengalami situasi tersebut. Dua tiga junior asatizah juga mengatakan yang mereka faham apa yang akak katakan... Seorang cikgu pula baca sedikit, lepas tu, dia katakan OADK terlalu tinggi untuk dicerna dan memerlukan masa untuk membaca. Dia memang suka karya yang padat dengan ilmu tanpa teknik yang multi-dimensi... itu cabaran akak tu ;D Mesej OADK sampai kepada asatizah tetapi tidak kepada cikgu tersebut. Jadi, antara asatizah dan cikgu tu, mana yang telah membantu penulisan akak ke tahap yang lebih tinggi, tanpa disedari? Itulah yang kita mahu, bukan?
Apapun, dah ada pembaca dah bagus ;D Nak kritik? Lebih lagi bagus kerana, wow! tak sangka orang ada masa untuk menilai karya kita! Tak kiralah positif atau negatif... Kalau negatif, ada yang perlu kita kaji kembali... kenapa mesej kita tidak sampai kepada pembaca? Mengapa kita kata A, pembaca kata B? Bagaimana kita memastikan bahawa karya kita seterusnya lebih tepat dan menuju kepada maksud?
Itulah secebis dua kata kak S.K, si orang kecik (walaupun timbangan semakin bertambah naik angkanya :p)...
Ustaz Zaid, terima kasih kerana melawat dan meninggalkan komen di blog yang tidak sepertinya ini :)
Setahu saya, di Malaysia Pesta Membaca je, kan?
Di Singapura, Bulan Bahasa ialah acara dwi-tahunan dan pelbagai kegiatan (bahas, deklamasi puisi) dilakukan di serata Singapura di kelab-kelab masyarakat dan sekolah-sekolah...
Tahun ini juga tahun "Bacalah Singapura!" atau "Read Singapore!" di mana beberapa buku pilihan dalam keempat-empat Bahasa Rasmi dipromosikan. Bagi Bahasa Melayu, novel Zaharah Nawawi, Haruman Kencara, telah dipilih :) dan novel "Mail Mau Kawin" oleh Muhd.Ariff Ahmad
Salam. Tidak. Setahu saya, bulan Julai adalah Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan. Di sekolah-sekolah ada "Kempen Satu Keluarga Derma Satu Buku" kpd perpustakaan sekolah.
Oh ye ke? :) Apa "pra-tanggap"/"presumption" di sebalik kempen ini, agaknya, eh? Berdasarkan fakta salah yang dah lapuk dan lekang tu, ke, yang orang Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun? (Saya dengar fakta ini diulangi sekali lagi di RTM 1 baru-baru ini...)...
Saya kira orang Malaysia membaca (kalau tidak, takkan berbondong-bondong mereka ke Pesta Buku dan takkan penerbit buku mendapat keuntungan beratus ribu...)... tetapi seperti orang disini, membaca novel-novel pop-popan... Kalau pergi ke perpustakaan di sini, novel-novel sedemikian akan nampak "buruk"nya sebab dipinjam berkali-kali. Buku-buku sastera tidak... (Mungkin sesuatu harus dilakukan dari aspek mempakejkan buku-buku, hmmmm...)...
Di Singapura, antara tujuan mengadakan "Read Singapore" itu ialah untuk menggalakkan pembaca membaca dalam bahasa etnik/ibunda mereka kerana pelajar Singapura membaca tetapi membaca buku Inggeris!... (Seharusnya, buku-buku yang lebih sesuai dicadangkan bagi peringkat usia yang berbeza supaya menarik minat mereka... hmmm... nak kena cadangkan ke Library Board nampaknya...)...
Oh, dan, novel-novel Ustaz Zaid yang dua terdulu tu, "Sesegar Nailofar" dan "Rona Bhosporus" pun termasuk dalam kategori yang selalu dipinjam ;) walaupun tidak "pop" sangatlah :) Penulisan ustaz segar dalam keringanannya menyampaikan fikrah Islami :)