Salam,
Mendapat SMS dari adik penulis.
Pagi-pagi.
Hari Minggu.
Impresif sajak, katanya.
Sajak? Mana dia baca sajak S.K?
OH.
Berkejar menuju ke ruang depan dan mencapai akhbar...

Setelah tujuh tahun tak menghantar karya ke Berita Minggu sewaktu dalam krisis jatiiri, S.K akhirnya buat keputusan untuk menghantar beberapa kuntum puisi.
Sajak yang tersiar:
BEZA kalau terkaku lenggok lidah kalau tersangkak gerak lagak makna tersirat tertafsir terselisih (i)
kalau terang alammu riang alamku pula diselimuti bayang kalau duniamu duka beserta duniaku bahagia syurga jiwa kalau tersilih langkah dilangkah kalau tersimpang haluan dihala jarak yang terpinggir tersingkir tersisih (ii)
kalau permata katamu permata kaca retak yang kutampak juga kalau ternyata bicara berbeza mengapa kehilangan sukar direla? Telah pudar mega masa telah pucat teja maya ikatan yang terjurai terburai teruraiSebenarnya, S.K masih lagi dalam konflik.
Pertama, karya-karya dalam softcopy S.K dah hilang dalam tahun 2004. Yang hardcopy pulak, lesap entah ke mana sejak tahun lepas.
Jadi, rakan-rakan penulis S.K dengan mudah saja meletakkan karya mereka di multiply, ruangan karya S.K masih lagi kosong :)
Kedua, bagi seseorang yang menulis lebih daripada satu genre, S.K melihat setiap genre memainkan peranan yang berbeza buat S.K.
S.K dapat melihat sekali arah sastera Islami dalam cerpen dan novel S.K yang dalam proses. Tetapi puisi...
Puisi ialah lantunan jiwa S.K yang paling dalam...
Paling seni.
Paling halus.
Menggambarkan keadaan, perasaan... suatu pemotretan kisah dalaman S.K. Kerana itu, contohnya, sajak "Beza" di atas ini tidak menunjukkan sebuah puisi yang benar-benar Islami sebenarnya...
Kecuali, kalau dilihat, dalam konteks sejagat, dimana perpisahan ialah sesuatu yang lazim berlaku dan hendaklah diredhai :)
S.K masih tercari-cari jatidiri "pemuisian" :)
Sebagaimana, S.K tercari-cari jatidiri kepengarangan selama beberapa tahun yang lalu dan menemukan fikrah islami yang serupa seorang pengarang jiran (tapi, seperti katanya, puisi ialah genre yang sukar baginya dan kecuali sebuah puisi cintanya yang menyerah kepada CintaNya, S.K memang tak boleh nak "angkat" puisi-puisinya yang lain... sorry, bro, hehe ;D )
Mari bersama S.K dalam kembara S.K mencari jatidiri pemuisian ini :)
Wassalam.